CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, February 28, 2008

Pengenalan

PENGENALAN KEPHAL
Kephal adalah singkatan bagi program Kursus Eksekutif Produk Halal. Kursus ini merupakan kursus sepenuh masa yang ditawarkan kepada siswazah dari Pengajian Islam lepasan mana-mana IPTA/IPTS samada dalam atau luar negara.


Kursus ini mula ditawarkan pada tahun 2003 dengan pelatih seramai 36 orang yang menjadi kumpulan pertama dan diikuti kumpulan kedua seramai 40 orang.dengan sekali pengambilan dalam setahun. Dan bermula tahun 2004 pengambilan hanya tertumpu sekitar 28 hingga 30 orang sahaja dengan pengambilan sebanyak 2 kali setahun. Sehingga kini seramai 200 peserta yang telah berjaya mengikuti program kursus ini.

Wednesday, February 27, 2008

Penganjuran

PENGANJURAN

Diletakkan di bawah program Graduate Reskilling Program (GRP)
Dianjurkan oleh Malacca Industrial Skills Development Centre (MISDEC)- Pusat latihan industri yang bertauliah dengan menyediakan tempat bagi menjalankan kursus ini

Diuruskan oleh Halal Global Traning & Consultancy- menyediakan tenaga pengajar, kursus-kursus khas, seminar-seminar, dan sebagainya yang berkaitan. www.halalglobal.net.my

Dengan kerjasama Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)-
Menyediakan panduan dan sukatan pelajaran mengikut standart. http://www.halaljakim.gov.my/

Tajaan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri- Menyediakan elaun kepada pelatih. http://www.gov.my/

Monday, February 25, 2008

Tujuan

TUJUAN
Program ini diwujudkan adalah bertujuan:

  • Sebagai salah satu usaha untuk membantu kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Hub Halal Antarabangsa
  • Membantu pihak JAKIM secara tidak langsung dalam pembangunan dan perlaksanaan Industri Hub Halal di Malaysia


  • Bagi membuka peluang pekerjaan kepada siswazah pengajian Islam di bidang industri makanan dan barang gunaan

  • Membantu siswazah pengajian Islam yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan samada keusahawanan di bidang makanan, penternakan, agrotek dan pertanian dengan menyediakan peluang keusahawanan


  • Menjadikan siswazah pengajian Islam sebagai salah satu sumber penyebaran maklumat secara tidak langsung tentang kepentingan Pensijilan Halal di Malaysia kepada industri dan orang ramai

Tempoh/Kemudahan

TEMPOHKURSUS
Kursus ini dijalankan selama 6 bulan, melibatkan sesi teori selama 4 bulan yang diadakan di MISDEC. 2 bulan berikutnya, pelatih akan mengikuti latihan amali (praktikal) di mana-mana industri hub halal seperti di kilang makanan atau minuman, kilang barang gunaan (seperti kosmetik, sabun dan sebagainya) premis-premis makanan atau rumah sembelihan yang terdapat di seluruh Malaysia. Segala maklumat tentang teori atau amali ini dapat diketahui dengan lebih lanjut sekiranya anda dipilih menjadi pelatih kursus ini.
KEMUDAHAN
1- Asrama lelaki dan perempuan berdekatan dengan kelas di MISDEC
2- Bilik kuliah berhawa dingin
3- Elaun sebanyak RM500 sebulan (mengikut kehadiran) diberikan
4- Berdekatan dengan bandaraya Melaka

Aktiviti


AKTIVITI

Antara aktiviti-aktiviti sepanjang kursus ini ialah:

  • Kuliah teori oleh pensyarah-pensyarah terpilih yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing

  • Kelas amali bagi beberapa pelajaran yang memerlukan latihan amali seperti bagi pelajaran ICT
    Latihan dalam kumpulan (LDK), perbincangan, latihan debat Bahasa Inggeris bagi pelajaran English Language dan sebagainya

  • Tayangan-tayangan slide istimewa yang terpilih oleh pensyarah-pensyarah tertentu dalam pelajaran yang berkaitan

  • Seminar Keusahawanan Anjuran Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) cawangan Putrajaya
    Kursus-kursus dan seminar-seminar lain yang berkaitan samada diadakan di MISDEC atau di luar MISDEC

  • Lawatan ke industri-industri berkaitan yang terpilih sebagai aktiviti luaran

  • Penulisan dan pembentangan Kertas Projek (wajib)

  • #Selain itu pelatih juga boleh merancang sendiri untuk mengadakan program-program atau aktiviti sambilan yang difikirkan sesuai samada program berkaitan keagamaan, sukan, perkhemahan, pelancungan dan sebagainya.

Tentang MISDEC

TENTANG MISDEC

Nama Lengkap : Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka/ Malacca Industrial Skills Development Centre

Nama Comercial : MISDEC

Alamat : Lorong 1, Jalan PBB 6, Taman Perindustrial Batu Berendam, 75350 Batu Berendam, Melaka

Hubungi Pihak Pengurusan

HUBUNGI
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi pihak terbabit melalui emel:

1. En. Zulkifli bin Ab Latif

Pengurus Halal Global And Consultancy

emel : zul@halalglobal.net.my

2. Cik Mazidah binti

Pegawai Pentadbiran Halal Global And Consultancy

emel : mas@halalglobal.net.my

3. En. Anas A’denar

Koordinator KEPHAL

emel : anas@halalglobal.net.my