CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, February 28, 2008

Pengenalan

PENGENALAN KEPHAL
Kephal adalah singkatan bagi program Kursus Eksekutif Produk Halal. Kursus ini merupakan kursus sepenuh masa yang ditawarkan kepada siswazah dari Pengajian Islam lepasan mana-mana IPTA/IPTS samada dalam atau luar negara.


Kursus ini mula ditawarkan pada tahun 2003 dengan pelatih seramai 36 orang yang menjadi kumpulan pertama dan diikuti kumpulan kedua seramai 40 orang.dengan sekali pengambilan dalam setahun. Dan bermula tahun 2004 pengambilan hanya tertumpu sekitar 28 hingga 30 orang sahaja dengan pengambilan sebanyak 2 kali setahun. Sehingga kini seramai 200 peserta yang telah berjaya mengikuti program kursus ini.

Wednesday, February 27, 2008

Penganjuran

PENGANJURAN

Diletakkan di bawah program Graduate Reskilling Program (GRP)
Dianjurkan oleh Malacca Industrial Skills Development Centre (MISDEC)- Pusat latihan industri yang bertauliah dengan menyediakan tempat bagi menjalankan kursus ini

Diuruskan oleh Halal Global Traning & Consultancy- menyediakan tenaga pengajar, kursus-kursus khas, seminar-seminar, dan sebagainya yang berkaitan. www.halalglobal.net.my

Dengan kerjasama Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)-
Menyediakan panduan dan sukatan pelajaran mengikut standart. http://www.halaljakim.gov.my/

Tajaan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri- Menyediakan elaun kepada pelatih. http://www.gov.my/

Monday, February 25, 2008

Tujuan

TUJUAN
Program ini diwujudkan adalah bertujuan:

  • Sebagai salah satu usaha untuk membantu kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Hub Halal Antarabangsa
  • Membantu pihak JAKIM secara tidak langsung dalam pembangunan dan perlaksanaan Industri Hub Halal di Malaysia


  • Bagi membuka peluang pekerjaan kepada siswazah pengajian Islam di bidang industri makanan dan barang gunaan

  • Membantu siswazah pengajian Islam yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan samada keusahawanan di bidang makanan, penternakan, agrotek dan pertanian dengan menyediakan peluang keusahawanan


  • Menjadikan siswazah pengajian Islam sebagai salah satu sumber penyebaran maklumat secara tidak langsung tentang kepentingan Pensijilan Halal di Malaysia kepada industri dan orang ramai

Tempoh/Kemudahan

TEMPOHKURSUS
Kursus ini dijalankan selama 6 bulan, melibatkan sesi teori selama 4 bulan yang diadakan di MISDEC. 2 bulan berikutnya, pelatih akan mengikuti latihan amali (praktikal) di mana-mana industri hub halal seperti di kilang makanan atau minuman, kilang barang gunaan (seperti kosmetik, sabun dan sebagainya) premis-premis makanan atau rumah sembelihan yang terdapat di seluruh Malaysia. Segala maklumat tentang teori atau amali ini dapat diketahui dengan lebih lanjut sekiranya anda dipilih menjadi pelatih kursus ini.
KEMUDAHAN
1- Asrama lelaki dan perempuan berdekatan dengan kelas di MISDEC
2- Bilik kuliah berhawa dingin
3- Elaun sebanyak RM500 sebulan (mengikut kehadiran) diberikan
4- Berdekatan dengan bandaraya Melaka

Aktiviti


AKTIVITI

Antara aktiviti-aktiviti sepanjang kursus ini ialah:

  • Kuliah teori oleh pensyarah-pensyarah terpilih yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing

  • Kelas amali bagi beberapa pelajaran yang memerlukan latihan amali seperti bagi pelajaran ICT
    Latihan dalam kumpulan (LDK), perbincangan, latihan debat Bahasa Inggeris bagi pelajaran English Language dan sebagainya

  • Tayangan-tayangan slide istimewa yang terpilih oleh pensyarah-pensyarah tertentu dalam pelajaran yang berkaitan

  • Seminar Keusahawanan Anjuran Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) cawangan Putrajaya
    Kursus-kursus dan seminar-seminar lain yang berkaitan samada diadakan di MISDEC atau di luar MISDEC

  • Lawatan ke industri-industri berkaitan yang terpilih sebagai aktiviti luaran

  • Penulisan dan pembentangan Kertas Projek (wajib)

  • #Selain itu pelatih juga boleh merancang sendiri untuk mengadakan program-program atau aktiviti sambilan yang difikirkan sesuai samada program berkaitan keagamaan, sukan, perkhemahan, pelancungan dan sebagainya.

Tentang MISDEC

TENTANG MISDEC

Nama Lengkap : Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka/ Malacca Industrial Skills Development Centre

Nama Comercial : MISDEC

Alamat : Lorong 1, Jalan PBB 6, Taman Perindustrial Batu Berendam, 75350 Batu Berendam, Melaka

Hubungi Pihak Pengurusan

HUBUNGI
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi pihak terbabit melalui emel:

1. En. Zulkifli bin Ab Latif

Pengurus Halal Global And Consultancy

emel : zul@halalglobal.net.my

2. Cik Mazidah binti

Pegawai Pentadbiran Halal Global And Consultancy

emel : mas@halalglobal.net.my

3. En. Anas A’denar

Koordinator KEPHAL

emel : anas@halalglobal.net.my

Sunday, February 24, 2008

(1) Kephal Batch 7- Pengenalan

1- KB7 : PENGENALAN


Kami merupakan pelatih bagi KEPHAL pengambilan sesi yang ke-7. Kami mula mendaftar pada 26 November 2007 di pejabat MISDEC dan mengikut jadual kami akan tamat sesi teori di MISDEC pada penghujung Mac atau awal April 2008.


Kenangan bersama salah seorang pensyarah




(2) Kephal Batch 7- Keahlian

2- KB7 : KEAHLIAN

Bagi batch ke-7 ini, pelatih yang mengikuti kursus ini ialah seramai 29 orang yang terdiri daripada 13 pelatih lelaki dan 16 pelatih wanita.

Pelatih lelaki dan wanita bergambar kenangan bersama salah seorang pensyarah di Dataran MISDEC








Saturday, February 23, 2008

(3) Kephal Batch 7- Aktiviti

3. KB7- Aktiviti
Berikut adalah serba sedikit aktiviti yang telah kami sertai setakat ini

Aktiviti dalam kelas
Antaranya ialah:

Kelas teori pelbagai pelajaran seperti Makanan Halal Dari segi Syariah, Manual Pensijilan Halal Jakim, ICT, Food Tecnology, English Language,Penyembelihan Halal, Keusahawanan, Akta Makanan, ISO, GMP, GHP, HACCP dan macam-macam lagi yang mana kesemua pelajaran yang telah kami pelajari itu merupakan ilmu yang agak baru bagi kami.
Kami juga menjalani latihan amali dalam asas membaik pulih komputer.

selain itu kami juga terlibat dengan pelbagai LDK, pembentangan assignment berkumpulan, debat Bahasa Inggeris, perbentangan perkembangan terkini Kertas Projek di hadapan pegawai Jakim yang terlibat.

Seminar dan kursus (Aktiviti luar kelas)
Antara seminar dan kursus yang telah kami sertai setakat ini ialah:

1- Seminar Keusahawanan anjuran Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) cawangan Putrajaya dengan kerjasama MISDEC yang diadakan di MISDEC

Antara aktiviti dalam seminar ini ialah ceramah dari pegawai Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia (SSM), ceramah peluang-peluang sumber kewangan bagi usahawan melayu oleh pegawai PUNM, ceramah motivasi dari usahawan Melayu yang telah berjaya dan semakin maju antaranya syarikat-syarikat seperti Nurmie's Marketing Sdn. Bhd dan Iwani Froozen Food Sdn. Bhd juga ceramah peluang perniagaan bagi usahawan melayu oleh Ahli DPMM cawangan Putrajaya.

2-Pertandingan Futsal Lelaki bersama warga MISDEC anjuran MISDEC di Gelanggang Futsal Batu Berendam Melaka

3- Kursus Penyembelihan Halal anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan kerjasama MISDEC

Dalam kursus ini kami didedahkan dengan ceramah teori cara penyembelihan halal. penyembelihan yang diamalkan oleh industri di Malaysia dan luar negara, peralatan-peralatan yang digunakan dalam industri untuk penyembelihan dan pelbagai lagi ilmu yang berkaitan dengan penyembelihan halal. Penceramah-penceramah terdiri dari pegawai JAIM dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Yang menariknya di dalam kursus ini ialah, kami juga menjalani latihan praktikal (amali) penyembelihan binatang halal di mana setiap peserta akan melakukan sendiri penyembelihan ayam sambil dipantau oleh pegawai JAIM dan JAIS.
Untuk maklumat lanjut tentang JAIM sila klik
www.jaim.gov.my

4- Kursus Peningkatan R & D anjuran SMIDEC di Hotel Melaka

5- Lawatan ke rumah sembelihan dan pemperosesan ayam (Farm Best Sdn. Bhd, Masjid Tanah, Melaka)

Antara aktiviti dalam lawatan ini ialah kami diberi taklimat oleh Pegawai Eksekutif Halal syarikat tersebut yang merupakan salah seorang bekas pelatih KEPHAL iaitu dari batch 4. Kami diberikan taklimat tentang bagaimana proses-proses produk dari hasilan ayam dihasilkan secara halal mengikut syariat Islam dan pemantauan berterusan yang dilakukan oleh beliau di syarikat ini. Kami juga berkesempatan melihat dengan lebih dekat bagaimana proses penyediaan produk hasilan ayam dihasilkan.

Aktiviti sampingan
aktiviti sampingan ini merupakan aktiviti yang telah dirancang dan diadakan oleh kami sendiri di masa-masa yang terluang. Antara aktiviti yang telah kami adakan setakat ini ialah:

1. Majlis Kesyukuran Sempena Hari Lahir (lelaki dan wanita)
2. Majlis Silaturrahim dan Bacaan Yassin bersama bekas koordinator KEPHAL (lelaki dan wanita)

Selain itu pelatih lelaki atau wanita juga telah mengadakan beberapa aktiviti peribadi masing-masing seperti melawat tempat-tempat pelancungan dan bersejarah di sekitar negeri Melaka

Wednesday, February 20, 2008

Gambar 1- Majlis Silaturrahim dan Bacaan Yassin

Majlis Silaturrahim dan Bacaan Yassin
Maljis ini dianjrkan bersama oleh pelatih KEPHAL batch7 sebagai majlis silaturrahim bagi mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi. Selain itu, majlis ini meraikan bekas koordinator KEPHAL berikutan penukaran tempat beliau bertugas
Majlis ini diadakan pada 31/01/2008

Ucapan bekas pelatih batch 6 yang juga merupakan bekas pembantu koordinator KEPHAL (Ustaz Asri)






Ucapan oleh koordinator KEPHAL (En. Anas)




Bacaan doa oleh salah seorang pelatih (Mohd Amin)








Ucapan wakil pelatih lelaki (Mohd Haris Fadila)












Ucapan wakil pelatih perempuan pertama (Nor A'in)









Ucapan wakil pelatih perempuan kedua (Nasima)














Gandingan pengerusi dari kanan, Norasmadi dan Syikin






Pelatih perempuan mendengar ucapan




Dari kiri, En. Anas (koordinator KEPHAL), Ustaz Asri (pelatih KEPHAL batch 6 juga bekas koordinator KEPHAL) dan Saudara Norasmadi (pengerusi majlis)






Pelatih Lelaki mengetuai majlis tahlil











Pelatih perempuan sedang memberi tumpuan terhadap ucapan wakil perempuan











































































































































































































GAMBAR KENANGAN 1

























Majlis Silaturrahim dan Bacaan Yassin bersama bekas koordinator KEPHAL (lelaki dan wanita)


























Tuesday, February 19, 2008

Gambar 2- Majlis Kesyukuran Hari Lahir

Majlis Kesyukuran Hari Lahir
Majlis ini adalah anjuran pelatih perempuan sebagai meraikan hari lahir rakan-rakan secara serentak. Antara aktivi pada majlis ini ialah bacaan tahlil serta doa selamat dan juga sedikit jamuan

Majlis ini diadakan pada 18/01/2008

Majlis yang diadakan ialah bacaan tahlil dan jamuan

Monday, February 18, 2008

Gambar 3- Kursus R & D

Gambar kenangan semasa Bengkel Pembangunan Produk Melalui Peningkatan R & D Dan Inovasi anjuran (SMIDEC) di salah sebuah hotel terkemuka di Melaka
Bengkel ini disertai oleh pemilik-pemilik syarikat yang terpilih disekitar negeri Melaka dan juga pelajar-pelajar yang diterapkan ilmu keusahawanan
bengkel ini diadakan pada 27/02/2008


































Sunday, February 17, 2008

Gambar 4- Kelas Amali ICT

Ini adalah kenangan di dalam kelas amali ICT yang ditunjuk ajar oleh sifu hebat kami iaitu En. Shukri