Kursus ini mula ditawarkan pada tahun 2003 dengan pelatih seramai 36 orang yang menjadi kumpulan pertama dan diikuti kumpulan kedua seramai 40 orang.dengan sekali pengambilan dalam setahun. Dan bermula tahun 2004 pengambilan hanya tertumpu sekitar 28 hingga 30 orang sahaja dengan pengambilan sebanyak 2 kali setahun. Sehingga kini seramai 200 peserta yang telah berjaya mengikuti program kursus ini.
Thursday, February 28, 2008
Pengenalan
Kursus ini mula ditawarkan pada tahun 2003 dengan pelatih seramai 36 orang yang menjadi kumpulan pertama dan diikuti kumpulan kedua seramai 40 orang.dengan sekali pengambilan dalam setahun. Dan bermula tahun 2004 pengambilan hanya tertumpu sekitar 28 hingga 30 orang sahaja dengan pengambilan sebanyak 2 kali setahun. Sehingga kini seramai 200 peserta yang telah berjaya mengikuti program kursus ini.
Posted by Budak2 Kephal007 at 10:46 PM 0 comments
Wednesday, February 27, 2008
Penganjuran
Diletakkan di bawah program Graduate Reskilling Program (GRP)
Diuruskan oleh Halal Global Traning & Consultancy- menyediakan tenaga pengajar, kursus-kursus khas, seminar-seminar, dan sebagainya yang berkaitan. www.halalglobal.net.my
Dengan kerjasama Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)-
Tajaan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri- Menyediakan elaun kepada pelatih. http://www.gov.my/
Posted by Budak2 Kephal007 at 6:25 PM 0 comments
Monday, February 25, 2008
Tujuan
Sebagai salah satu usaha untuk membantu kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Hub Halal Antarabangsa
- Membantu pihak JAKIM secara tidak langsung dalam pembangunan dan perlaksanaan Industri Hub Halal di Malaysia
Bagi membuka peluang pekerjaan kepada siswazah pengajian Islam di bidang industri makanan dan barang gunaan
- Membantu siswazah pengajian Islam yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan samada keusahawanan di bidang makanan, penternakan, agrotek dan pertanian dengan menyediakan peluang keusahawanan
Menjadikan siswazah pengajian Islam sebagai salah satu sumber penyebaran maklumat secara tidak langsung tentang kepentingan Pensijilan Halal di Malaysia kepada industri dan orang ramai
Posted by Budak2 Kephal007 at 10:12 PM 0 comments
Tempoh/Kemudahan
Posted by Budak2 Kephal007 at 10:10 PM 0 comments
Aktiviti
Antara aktiviti-aktiviti sepanjang kursus ini ialah:
Kuliah teori oleh pensyarah-pensyarah terpilih yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing
Kelas amali bagi beberapa pelajaran yang memerlukan latihan amali seperti bagi pelajaran ICT
Latihan dalam kumpulan (LDK), perbincangan, latihan debat Bahasa Inggeris bagi pelajaran English Language dan sebagainya
Tayangan-tayangan slide istimewa yang terpilih oleh pensyarah-pensyarah tertentu dalam pelajaran yang berkaitan
Seminar Keusahawanan Anjuran Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) cawangan Putrajaya
Kursus-kursus dan seminar-seminar lain yang berkaitan samada diadakan di MISDEC atau di luar MISDEC
Lawatan ke industri-industri berkaitan yang terpilih sebagai aktiviti luaran
Penulisan dan pembentangan Kertas Projek (wajib)
#Selain itu pelatih juga boleh merancang sendiri untuk mengadakan program-program atau aktiviti sambilan yang difikirkan sesuai samada program berkaitan keagamaan, sukan, perkhemahan, pelancungan dan sebagainya.
Posted by Budak2 Kephal007 at 5:08 AM 0 comments
Tentang MISDEC
Nama Lengkap : Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka/ Malacca Industrial Skills Development Centre
Nama Comercial : MISDEC
Alamat : Lorong 1, Jalan PBB 6, Taman Perindustrial Batu Berendam, 75350 Batu Berendam, Melaka
Posted by Budak2 Kephal007 at 4:00 AM 0 comments
Hubungi Pihak Pengurusan
1. En. Zulkifli bin Ab Latif
Pengurus Halal Global And Consultancy
emel : zul@halalglobal.net.my
2. Cik Mazidah binti
Pegawai Pentadbiran Halal Global And Consultancy
emel : mas@halalglobal.net.my
3. En. Anas A’denar
Koordinator KEPHAL
emel : anas@halalglobal.net.my
Posted by Budak2 Kephal007 at 3:00 AM 0 comments
Sunday, February 24, 2008
(1) Kephal Batch 7- Pengenalan
1- KB7 : PENGENALAN
Kami merupakan pelatih bagi KEPHAL pengambilan sesi yang ke-7. Kami mula mendaftar pada 26 November 2007 di pejabat MISDEC dan mengikut jadual kami akan tamat sesi teori di MISDEC pada penghujung Mac atau awal April 2008.
Posted by Budak2 Kephal007 at 6:00 PM 0 comments
(2) Kephal Batch 7- Keahlian
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Posted by Budak2 Kephal007 at 5:59 PM 0 comments
Saturday, February 23, 2008
(3) Kephal Batch 7- Aktiviti
Aktiviti dalam kelas
Antaranya ialah:
Kelas teori pelbagai pelajaran seperti Makanan Halal Dari segi Syariah, Manual Pensijilan Halal Jakim, ICT, Food Tecnology, English Language,Penyembelihan Halal, Keusahawanan, Akta Makanan, ISO, GMP, GHP, HACCP dan macam-macam lagi yang mana kesemua pelajaran yang telah kami pelajari itu merupakan ilmu yang agak baru bagi kami.
selain itu kami juga terlibat dengan pelbagai LDK, pembentangan assignment berkumpulan, debat Bahasa Inggeris, perbentangan perkembangan terkini Kertas Projek di hadapan pegawai Jakim yang terlibat.
Seminar dan kursus (Aktiviti luar kelas)
Antara seminar dan kursus yang telah kami sertai setakat ini ialah:
1- Seminar Keusahawanan anjuran Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) cawangan Putrajaya dengan kerjasama MISDEC yang diadakan di MISDEC
Antara aktiviti dalam seminar ini ialah ceramah dari pegawai Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia (SSM), ceramah peluang-peluang sumber kewangan bagi usahawan melayu oleh pegawai PUNM, ceramah motivasi dari usahawan Melayu yang telah berjaya dan semakin maju antaranya syarikat-syarikat seperti Nurmie's Marketing Sdn. Bhd dan Iwani Froozen Food Sdn. Bhd juga ceramah peluang perniagaan bagi usahawan melayu oleh Ahli DPMM cawangan Putrajaya.
2-Pertandingan Futsal Lelaki bersama warga MISDEC anjuran MISDEC di Gelanggang Futsal Batu Berendam Melaka
3- Kursus Penyembelihan Halal anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan kerjasama MISDEC
Dalam kursus ini kami didedahkan dengan ceramah teori cara penyembelihan halal. penyembelihan yang diamalkan oleh industri di Malaysia dan luar negara, peralatan-peralatan yang digunakan dalam industri untuk penyembelihan dan pelbagai lagi ilmu yang berkaitan dengan penyembelihan halal. Penceramah-penceramah terdiri dari pegawai JAIM dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Yang menariknya di dalam kursus ini ialah, kami juga menjalani latihan praktikal (amali) penyembelihan binatang halal di mana setiap peserta akan melakukan sendiri penyembelihan ayam sambil dipantau oleh pegawai JAIM dan JAIS.
Untuk maklumat lanjut tentang JAIM sila klik www.jaim.gov.my
4- Kursus Peningkatan R & D anjuran SMIDEC di Hotel Melaka
5- Lawatan ke rumah sembelihan dan pemperosesan ayam (Farm Best Sdn. Bhd, Masjid Tanah, Melaka)
Antara aktiviti dalam lawatan ini ialah kami diberi taklimat oleh Pegawai Eksekutif Halal syarikat tersebut yang merupakan salah seorang bekas pelatih KEPHAL iaitu dari batch 4. Kami diberikan taklimat tentang bagaimana proses-proses produk dari hasilan ayam dihasilkan secara halal mengikut syariat Islam dan pemantauan berterusan yang dilakukan oleh beliau di syarikat ini. Kami juga berkesempatan melihat dengan lebih dekat bagaimana proses penyediaan produk hasilan ayam dihasilkan.
Aktiviti sampingan
aktiviti sampingan ini merupakan aktiviti yang telah dirancang dan diadakan oleh kami sendiri di masa-masa yang terluang. Antara aktiviti yang telah kami adakan setakat ini ialah:
1. Majlis Kesyukuran Sempena Hari Lahir (lelaki dan wanita)
2. Majlis Silaturrahim dan Bacaan Yassin bersama bekas koordinator KEPHAL (lelaki dan wanita)
Selain itu pelatih lelaki atau wanita juga telah mengadakan beberapa aktiviti peribadi masing-masing seperti melawat tempat-tempat pelancungan dan bersejarah di sekitar negeri Melaka
Posted by Budak2 Kephal007 at 5:32 PM 0 comments
Wednesday, February 20, 2008
Gambar 1- Majlis Silaturrahim dan Bacaan Yassin
Posted by Budak2 Kephal007 at 7:46 AM 0 comments
Tuesday, February 19, 2008
Gambar 2- Majlis Kesyukuran Hari Lahir
Majlis ini diadakan pada 18/01/2008


Posted by Budak2 Kephal007 at 8:40 AM 0 comments
Monday, February 18, 2008
Gambar 3- Kursus R & D
Posted by Budak2 Kephal007 at 2:05 PM 0 comments
Sunday, February 17, 2008
Gambar 4- Kelas Amali ICT
Posted by Budak2 Kephal007 at 6:09 AM 0 comments