CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, February 23, 2008

(3) Kephal Batch 7- Aktiviti

3. KB7- Aktiviti
Berikut adalah serba sedikit aktiviti yang telah kami sertai setakat ini

Aktiviti dalam kelas
Antaranya ialah:

Kelas teori pelbagai pelajaran seperti Makanan Halal Dari segi Syariah, Manual Pensijilan Halal Jakim, ICT, Food Tecnology, English Language,Penyembelihan Halal, Keusahawanan, Akta Makanan, ISO, GMP, GHP, HACCP dan macam-macam lagi yang mana kesemua pelajaran yang telah kami pelajari itu merupakan ilmu yang agak baru bagi kami.
Kami juga menjalani latihan amali dalam asas membaik pulih komputer.

selain itu kami juga terlibat dengan pelbagai LDK, pembentangan assignment berkumpulan, debat Bahasa Inggeris, perbentangan perkembangan terkini Kertas Projek di hadapan pegawai Jakim yang terlibat.

Seminar dan kursus (Aktiviti luar kelas)
Antara seminar dan kursus yang telah kami sertai setakat ini ialah:

1- Seminar Keusahawanan anjuran Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) cawangan Putrajaya dengan kerjasama MISDEC yang diadakan di MISDEC

Antara aktiviti dalam seminar ini ialah ceramah dari pegawai Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia (SSM), ceramah peluang-peluang sumber kewangan bagi usahawan melayu oleh pegawai PUNM, ceramah motivasi dari usahawan Melayu yang telah berjaya dan semakin maju antaranya syarikat-syarikat seperti Nurmie's Marketing Sdn. Bhd dan Iwani Froozen Food Sdn. Bhd juga ceramah peluang perniagaan bagi usahawan melayu oleh Ahli DPMM cawangan Putrajaya.

2-Pertandingan Futsal Lelaki bersama warga MISDEC anjuran MISDEC di Gelanggang Futsal Batu Berendam Melaka

3- Kursus Penyembelihan Halal anjuran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan kerjasama MISDEC

Dalam kursus ini kami didedahkan dengan ceramah teori cara penyembelihan halal. penyembelihan yang diamalkan oleh industri di Malaysia dan luar negara, peralatan-peralatan yang digunakan dalam industri untuk penyembelihan dan pelbagai lagi ilmu yang berkaitan dengan penyembelihan halal. Penceramah-penceramah terdiri dari pegawai JAIM dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Yang menariknya di dalam kursus ini ialah, kami juga menjalani latihan praktikal (amali) penyembelihan binatang halal di mana setiap peserta akan melakukan sendiri penyembelihan ayam sambil dipantau oleh pegawai JAIM dan JAIS.
Untuk maklumat lanjut tentang JAIM sila klik
www.jaim.gov.my

4- Kursus Peningkatan R & D anjuran SMIDEC di Hotel Melaka

5- Lawatan ke rumah sembelihan dan pemperosesan ayam (Farm Best Sdn. Bhd, Masjid Tanah, Melaka)

Antara aktiviti dalam lawatan ini ialah kami diberi taklimat oleh Pegawai Eksekutif Halal syarikat tersebut yang merupakan salah seorang bekas pelatih KEPHAL iaitu dari batch 4. Kami diberikan taklimat tentang bagaimana proses-proses produk dari hasilan ayam dihasilkan secara halal mengikut syariat Islam dan pemantauan berterusan yang dilakukan oleh beliau di syarikat ini. Kami juga berkesempatan melihat dengan lebih dekat bagaimana proses penyediaan produk hasilan ayam dihasilkan.

Aktiviti sampingan
aktiviti sampingan ini merupakan aktiviti yang telah dirancang dan diadakan oleh kami sendiri di masa-masa yang terluang. Antara aktiviti yang telah kami adakan setakat ini ialah:

1. Majlis Kesyukuran Sempena Hari Lahir (lelaki dan wanita)
2. Majlis Silaturrahim dan Bacaan Yassin bersama bekas koordinator KEPHAL (lelaki dan wanita)

Selain itu pelatih lelaki atau wanita juga telah mengadakan beberapa aktiviti peribadi masing-masing seperti melawat tempat-tempat pelancungan dan bersejarah di sekitar negeri Melaka

0 comments: